Resepi Asam Pedas Melaka Simple Terkini 2024

Posted on

Resepi Asam Pedas Melaka Simple – Sudah lama tidak memasak resipi ikan, jadi kali ini kami ingin memasak resipi asam pedas melaka menggunakan Ikan Merah.

Asam pedas melaka resepi asal ini diambil dari saluran YouTube Dapur Mok Teh. Menurut pemilik saluran ini, ini adalah resipi asli Asam Pedas Melaka. Kami sendiri suka makan asam pedas.

Cara Mok Teh, resepi ikan merah masak asam pedas ini ditumis dengan bahan-bahan yang dihiris (bawang) dan halba, biar naik wangi.

Kemudian ditumis pula dengan bahan-bahan yang dihaluskan iaitu bawang, kunyit, halia, dan juga rempah ratus. Itulah yang membuat ini resepi asam pedas melaka sedap sangat bagi kami.

Untuk memasak, perlu bersabar dan harus ditumis dengan betul-betul. Kuah yang pekat dan merah itu jadi tambah selera nak makan.

Kalau guna ikan segar, memang terbaik. Kalau ingin mengganti dengan ikan lain seperti ikan kembung pun boleh. jom cuba resepi asam pedas melaka asli ini !

Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resipi Daging Masak Merah Simple Terkini 2024.

Bahan Asam Pedas Melaka

imej bumbu asam pedas melaka
imej bumbu asam pedas melaka (Gambar asam pedas melaka) asam pedas melaka recipe

Resepi Asam Pedas Melaka Simple – bahan bahan asam pedas melaka pada resepi ikan masak asam pedas simple kami senaraikan dibawah ni,

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 10 -15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji tomato
  • Bendi
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 30 biji cili kering
  • 1 ekor/ 900g ikan merah (resepi asam pedas ikan merah)
  • 1 sb biji ketumbar
  • 1/2 sb jintan manis
  • 1/2 sb jintan putih
  • 1/2 sb biji lada hitam
  • 1/2 sb biji halba
  • 1 inci / 1/2 sb belacan bakar
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 cawan air (untuk kuah)
  • Serbuk perasa (pilihan)

Cara Masak Asam Pedas Melaka

imej cara memasak asam pedas melaka ikan merah
imej cara memasak asam pedas melaka ikan merah (resipi asam pedas melaka sedap)

Resepi Asam Pedas Melaka Simple – cara buat asam pedas melaka pada asam pedas melaka resipi kami senaraikan dibawah ni,

  1. Potong nipis bawang besar dan bawang putih (untuk tumis).
  2. Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia (untuk dikisar).
  3. Belah empat tomato, potong bahagian kepala dan ekor bendi dan buang tangkai dan koyak daun daun limau nipis.
  4. Gunting cili kering, rebus sehingga mendidih, bilas dan buang biji.
  5. Masukkan cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam biji dan air ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
  6. Panaskan minyak, tumis biji halba hingga naik aroma. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga bawang lembut.
  7. Masukkan bahan kisar halus dan masak di atas api sederhana hingga pecah minyak.
  8. Tambahkan daun limau purut, air, garam dan sambung tumis hingga garing.
  9. Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak hingga mendidih.
  10. Tambahkan garam, serbuk perasa, tomato dan bendi.

Nota (Resepi Asam Pedas Melaka Simple)

Resepi Asam Pedas Melaka Simple – Anda perlu menghiris bawang dahulu untuk memudahkan pengisaran yang lebih halus dalam pengisar.

Bersihkan ikan merah dengan menggunakan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Kami menggabungkan 10 tangkai cili yang tidak pedas dengan 15 tangkai cili yang pedas.

Setelah dicampurkan, cili tidak terlalu pedas, dan bahkan anak-anak pun boleh makan. Biasanya, kami menambah bendi pada akhir proses memasak supaya tidak terlalu lembut. (resepi asam pedas melaka simple).

Tags:

You might also like these recipes

Leave a Comment