Resepi Nasi Goreng Cina Simple – Resipi Nasi Goreng Cina simple adalah satu jenis hidangan nasi goreng yang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak suka dengan makanan pedas.
Untuk membuat hidangan nasi goreng cina resipi, kami menggunakan kiub ayam, minyak bijan dan lada sulah sebagai bahan tambahan bagi memperbaiki rasa.
Kerana nasi goreng cina resepi ini memang tidak mempunyai banyak bahan dan tidak mempunyai warna merah dari cili atau kicap (resepi nasi goreng putih).
Warna menarik dari resepi nasi goreng cina sedap ini datang dari pelbagai jenis sayur-sayuran yang dipadankan. Oleh kerana kami tidak menggunakan sayur-sayuran campur.
Kami menggantikannya dengan sayur kacang panjang dan carrot. Tetapi jika anda mempunyai sayur-sayuran campur, disarankan untuk menggunakannya.
Jangan gunakan terlalu sedikit minyak kerana resepi nasi goreng sedap akan melekat semasa memasak dan telur menyerap banyak minyak semasa digoreng.
Resepi Nasi goreng simple juga akan menjadi kurang sedap dan tidak menarik jika nasi terlalu ketul. Oleh itu, pastikan anda mengukur minyak yang sesuai semasa memasak.
Jika anda suka makanan pedas, anda boleh menyajikan hidangan nasi goreng ini bersama dengan sambal belacan.
Sebelum anda membaca tentang resepi ini, anda juga boleh menyemak, Resepi Burnt Cheesecake Terkini 2024
Bahan Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina Simple – sebelum anda ke cara membuat nasi goreng anda siapkan bahan bahan nasi goreng cina dibawah ni,
- 2 mangkuk nasi putih
- 2 biji telur (nasi goreng telur)
- isi ayam, hiris nipis
- isi udang
- sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
- lada sulah
- 1 kiub ayam / cumi
- 1/2 sudu kecil minyak bijan
- sedikit minyak untuk menumis
- Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- Bahan untuk hiasan:
- bawang goreng
- hirisan daun bawang
- hirisan cili
- timun
- sambal belacan
Cara Masak Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina Simple – cara buat nasi goreng cina pada resipi nasi goreng putih kami kongsikan dibawah ni,
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di tumbuk kasar sehingga berbau wangi dan kekuningan.
- Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga agak masak, lalu masukkan isi udang.
- Sisihkan sedikit dari bahan tumis ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tetapi tidak perlu terlalu halus. Biarkan telur berketul-ketul.
- Tambahkan kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan sayuran campur.
- Kemudian, masukkan nasi putih dan minyak bijan, kacau hingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Perlu diingat bahawa kiub ayam sudah mempunyai rasa masin, oleh itu berhati-hati semasa menambahkan garam. Angkat dan hidangkan dengan hiasan.
Nota (Resepi Nasi Goreng Cina Simple)
Resepi Nasi Goreng Cina Simple – Adalah tidak disarankan untuk menggunakan nasi yang baru dimasak untuk membuat nasi goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng.
Nasi sejuk adalah yang paling sesuai digunakan. Jika tiada nasi sejuk, pastikan nasi yang telah dimasak diketepikan dan disejukkan dengan sempurna sebelum digunakan untuk memasak nasi goreng.
Kami biasanya meletakkan nasi tersebut di bawah kipas untuk sejuk.