Resipi Pulut Kuning Kukus – Kami ingin berkongsi resepi pulut kuning mudah dengan teknik memasak yang betul serta teknik pengukusan yang tepat supaya anda dapat menikmati pulut kuning dengan rendang ayam atau daging dan sebagainya dengan rasa yang memuaskan.
Resepi pulut kuning sedap yang akan kami kongsikan ini akan memberikan warna yang cantik pada pulut, dengan tekstur yang lembut dan berbutir dengan biji pulut yang tidak pecah.
Boleh dikatakan bahawa resepi pulut kuning lembut ini adalah ilmu penting yang perlu dipelajari. Anda boleh mengambil tips yang diberikan oleh Puan Masmira Idris ini dan mengaplikasikannya dalam cara memasak pulut.
Anda juga bisa semak resepi di sini dan tempat makan best di sini.
Bahan Pulut Kuning Kukus
Resipi Pulut Kuning Kukus – resepi pulut kuning sukatan cawan pada pulut kuning resepi kami senaraikan dibawah ini,
- 500g beras pulut
- 1 sudu kecil kunyit
- air secukupnya, untuk rendam pulut
- 2 cawan santan pekat
- garam secukup rasa
- 3-4 helai daun pandan
Cara Masak Pulut Kuning Kukus
Resipi Pulut Kuning Kukus – cara membuat pulut kuning kukus pada resepi pulut kuning kukus simple kami senaraikan dibawah ini,
- Rendamkan pulut yang telah dicampur dengan kunyit sehingga menjadi lembut, boleh dilakukan selama minimum 6 jam atau semalaman.
- Sediakan daun pandan dan susunnya di atas dulang pengukus. Letakkan pulut yang telah ditoskan di atas daun pandan tersebut.
- Panaskan pengukus dan kukus pulut selama setengah jam atau sehingga pulut menjadi lembut. Angkat pulut dari pengukus dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Kacau santan dengan garam mengikut citarasa. Tuangkan santan ke dalam pulut dan biarkan pulut meresapkan santan tersebut. Gunakan garfu untuk menggemburkan pulut dan ia sudah sedia untuk dihidangkan.
Nota (Resipi Pulut Kuning Kukus)
Resipi Pulut Kuning Kukus – Berikut adalah beberapa tips cara masak beras pulut yang perlu diambil kira dalam resepi cara memasak beras pulut ini,
- Untuk mendapatkan pulut yang berkilat, tambahkan 1-2 keping daun pandan untuk setiap 1 kilogram pulut semasa merendam.
- Elakkan penggunaan beras pulut susu. Gunakan beras pulut biasa sahaja untuk memastikan pulut yang cantik.
- Selepas memasukkan santan, tidak perlu mengukus atau memasak semula. Pastikan santan telah dimasak terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada cepat basi. Anda boleh merujuk kepada langkah-langkah di bawah (cara masak pulut kukus / cara kukus pulut kuning).
Kalau boleh tolong bagi lagi resepi2 yang menarik dan mudah diikuti dengan sukatan cawan…terima kasih
Sila semak Resipi Sukatan Cawan yang lain hanya di Malaysiaculinary 🙂